Isnin, 4 Jun 2012

Sedia Wang Cukup Hadapi Usia Tua



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera....

Adakah anda masih mengingati laporan Harian Metro mengenai seorang jurutera yang mendakwa dirinya adalah 'jiran' kepada seorang lelaki tua iaitu bapanya telah tergamak membuang bapanya yang nyanyuk ke pusat jagaan orang-orang tua pada minggu lepas? Memang kesian dekat pakcik tu, dahlah tak berdaya, ingatan tak kuat, ingatkan boleh lah harapkan anak menjaga makan, minum...tapi lain pulak jadinya...Inilah antara tanda-tanda kiamat yang mana anak menjadi tuan...


Saya ada sedikit tips kepada pembaca semua, sekiranya kita inginkan ingatan kita kuat, tidak nyanyuk sehingga ke tua, amalkan lah membaca Al-Quran setiap hari kerana mukjizat yang satu inilah yang boleh memelihara ingatan kita walaupun umur mencecah seratus tahun...InsyaAllah..

Ok, yang sebenarnya bukan saya nak bercerita tentang kisah pakcik tua yang sangat menghiris hati ni, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang persediaan kewangan di hari tua nanti...Hidup seorang manusia ada putarannya sendiri.. Normalnya, kita bermula dari sekecil bayi, meningkat menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan akhirnya meninggal dunia..

Selalu kita mendengar, ibu dan ayah boleh menjaga, memberi makan yang cukup kepada 10 orang anak.. Akan TETAPI, seorang anak belum tentu mampu menjaga kedua ibu bapanya di hari tua.. Bagi saya, ini adalah lumrah dunia, lumrah bagi mereka yang mengejar keduniaan, pabila berada di langit, sudah tidak mahu menjenguk rumput di bumi, sudah mula melupakan asal-usul dirinya, insan yang melahirkan dirinya ke dunia, insan yang menjaganya dengan cermat sehingga mampu untuk hidup berdikari.. 

Saya tak kata semua anak berperangai buruk seperti ini, tetapi yang realitinya, tetap wujud sebilangan besar orang yang berperangai macam ni.. Inilah yang dikatakan sebagai si tanggang atau lebih jelas, anak derhaka.. Tetapi, kita juga tidak boleh menolak kemungkinan, ada sebilangan anak yang benar-benar tidak mampu untuk menjaga kedua orang tuanya dek kerana kesusahan serta kesempitan hidup yang membelenggu kehidupan mereka.. Alangkan makan minum sendiri pun ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bagaimana untuk memberi makan kepada orang tua? Mungkin mereka nakkan kehidupan serta kebajikan orang tuanya lebih terjaga dan terjamin di pusat jagaan orang tua.

Tak kisahlah apa pun sebab-musabab anak menghantar kedua ibu bapanya ke pusat jagaan, cuma, apa yang saya nak kupaskan di sini ialah, sangat wajar bagi kita sebagai orang tua, sebagai ibu bapa untuk membuat persiapan kewangan yang cukup bagi menampung kehidupan selepas pencen, ketika diri tidak berdaya untuk bekerja, ketika anak-anak tidak lagi mampu untuk meluangkan masa serta wang untuk menjaga kita.

Tahukah anda??
 Kedudukan Malaysia sekarang telah menghampiri status penuaan dengan kadar penduduk tua lebih tinggi daripada golongan muda

Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi hari tua dengan keadaan ekonomi sekarang sekejap naik dan sekejap jatuh merudum? Sudahkah anda memiliki wang simpanan yang mencukupi dan aset tetap seperti rumah kediaman yang memungkinkan anda serta pasangan untuk hidup berdikari apabila anak tidak lagi mampu menjaga segala keperluan seharian anda?

Antara maklumat yang dipetik daripada Harian Metro, 2hb Jun 2012, Bendahari Agung Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (MPKSM), Halijah Yahaya berkata, beliau melihat keadaan anak tidak mampu menjaga segala keperluan orang tua bakal wujud selepas menilai situasi terkini yang menyaksikan ramai ibu bapa warga emas menetap di pusat jagaan dan rumah kebajikan.

Mantan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, kebanyakan penghuni yang menghuni Pusat Jagaan atau Rumah Kebajikan kerana ketidakupayaan anak menjaga mereka disebabkan desakan kehidupan berkeluarga selain kos sara hidup yang semakin mendesak. Sekiranya dulu, si isteri tidak perlu keluar bekerja dan boleh menjadi suri rumah sepenuh masa, menjaga anak serta ibu bapa yang uzur, akan tetapi, keadaan sudah berubah. Isteri terpaksa keluar bekerja untuk menampung perbelanjaan dan pendapatan isi rumah yang tidak mencukupi.

Purata caruman KWSP yang sepatutnya ada ketika usia mencecah 55 tahun ialah RM 120,000...

Justeru itu, adakah nilai dalam akaun simpanan anda tidak kiralah di dalam akaun bank, polisi takaful untuk skim pencen, KWSP sudah menyamai atau lebih daripada nilai yang dinyatakan di atas? Sekiranya belum, masih belum terlambat untuk anda membentuk kembali sistem simpanan anda supaya ianya menjadi nilai RM 120,000 dan lebih... 

Saya tegaskan di sini, simpanan yang anda lakukan adalah untuk menjamin kehidupan anda serta pasangan di hari tua...Bimbang anak-anak tidak mampu menanggung kos sara hidup kita di hari tua nanti, pada siapa lagi kita nak harapkan untuk membantu? Wajar kita mengharapkan anak-anak untuk membantu kita, akan tetapi, kalau mereka sendiri tak mampu, apa yang boleh kita lakukan? Ditambah pula sekiranya kita sakit.. Al-maklumlah, makanan sekarang macam-macam...Diabetes, jantung, darah tinggi, buah pinggang...Semuanya memerlukan duit untuk menampung kos rawatan...Fikir-fikir kanlah sahabat-sahabat sekalian......

Setakat ini dulu perkongsian saya..Ibu bapa adalah harta yang paling bernilai untuk kita... Sekiranya mereka sudah tiada, takkan ada pengganti yang sama sepertinya lagi.. Teringat waktu kecil-kecil dulu, nak makan...mak suapkan. nak pergi sekolah, ayah yang minyakkan dan sikatkan rambut...rindu rasanya...Touching lah pulak...Ok, wassalam....