Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...
SCK...atau nama penuhnya, Skim
Cepat Kaya...Kereta mesti Mercedes Benz, Jam Tangan berjenama Rolex,
Wallet berukir tulisan Cerutti...dan macam-macam lagi barang-barang
berjenama mahal dan branded yang cuba ditunjukkan oleh 'agen' skim cepat
kaya ni...
Pernah berjumpa dengan 'agen
bertauliah' ini? Bagaimana caranya untuk mengenal SCK ni? Saya berkongsi
dengan anda 10 caranya yang diambil daripada kajian oleh Persatuan
Pelabur Strategik Melayu Malaysia (PPSMM)
1) Pulangan Tak Masuk Akal
Mereka menjanjikan imbuhan pulangan
yang tidak masuk akal dalam masa singkat serta TIADA RISIKO...
Realitinya, jika anda meletakkan modal RM 20,000 di dalam pasaran saham,
adakah anda akan mendapat semula modal serta keuntungan dengan nilai RM
500,000 dalam tempoh 2 minggu ke sebulan dengan tiada langsung terdedah
kepada risiko? Tentunya tidak bukan? Jadi, bagaimana anda boleh percaya
dengan SCK lalu meletakkan modal yang banyak dan mengharapkan bulan
jatuh ke riba?
2) Permainan Emosi
Mempermainkan emosi seperti kereta
mewah dan melancong ke luar negara. Teringat saya ketika berada di
sekolah menengah dulu. Ketika itu, tengah heboh tentang SCK ni sampaikan
kerajaan terpaksa buat iklan untuk menyedarkan masyarakat. Ingat tak
anda tentang iklan yang mana seorang lelaki yang berpakaian profesional,
dengan kot dan bertali leher datang menaiki kereta mewah bertemu dengan
orang kampung..
Orang kampung pun gempar dengan kehadiran lelaki ini, almaklumlah dah lama tak jumpa, jumpa-jumpa je dah kaya-raya rupanya. Lalu, lelaki ini pun konon-kononnya present lah dekat orang kampung tentang bisnes yang dia buat. sambil-sambil tu lelaki ni angkat handset yang tak kurang juga mahalnya, terselak pulak jam tangan mewah yang dipakainya... Orang-orang kampung yang terpengaruh tu pun berilah duit modal seberapa banyak yang ada. Bila tiba waktu untuk memungut keuntungan, mereka pun beramai-ramai pergi ke pejabat 'agen' kaya ni tadi..dan betapa hampa, kecewanya mereka apabila, pejabat tersebut dah bertutup dan 'agen'nya itu pun entah kemana....
Sungguh
mudah orang kita terpengaruh dengan visual mewah yang dipaparkan
sampaikan sanggup menggadaikan tanah yang ada..Itulah yang dinamakan
sebagai permainan emosi..Apabila emosi mengatasi akal fikiran yang
waras...
3) Member Get Member Program (MGMP)
Konsep rantaian MGMP ini tidak
pernah menunjukkan produk yang kononnya berkualiti yang perlu anda jual,
sebaliknya dibayar mengikut bilangan orang yang anda latih atau
mendaftar diri. Anda perlu ingat... dalam Islam, terdapat 6 rukun jual
beli iaitu :
i) Penjual
ii) Pembeli
iii) Harga yang dibeli
iv) Barang yang dijual
v) Sighah (Lafaz Penjual)
vi) Qabul (Lafaz Pembeli)
4) Keuntungan Pelaburan Awal
Pelaburan awal akan diberikan
keuntungan, tetapi apabila pelanggan semakin yakin dan membuat
penambahan pelaburan, barulah pembuat skim cepat kaya memberikan alasan
tiada lagi keuntungan. ada juga yang terus menghilangkan diri apabila
telah dapat mengumpul dana yang besar
5) Artis sebagai Duta
SCK juga giat mencari ikon sebagai
duta skim seperti artis terkenal dan orang yang mempunyai pengaruh yang
kuat dalam Malaysia ni...Macam jurucakap produk, agak-agaknya kalau
artis jadi duta sesuatu produk, sales produk tersebut naik tak?
Jawapannya comfirm naik sebab melantik duta adalah salah satu bentuk
marketing yang berkesan.
6) Skim yang Mengikut Trend
SCK juga membuat skim pelaburan
yang mengikut trend semasa seperti ternakan lintah dan ternakan ikan
keli. Kita tak boleh menolak kemungkinan yang mana ternakan ikan arowana
mungkin turut menjadi sasaran SCK untuk mengajak orang ramai melabur..
Jadi, berhati-hatilah dengan sebarang ajakan untuk membuat pelaburan
dalam bidang ternakan.. Pastikan anda mengkaji latar belakang syarikat
yang terlibat terlebih dahulu.
7) Tidak Mempunyai Dokumentasi
Tiada dokumentasi urus niaga yang sahih, menyakinkan dan mantap. Kadangkala pelaburan dikutip tanpa sebarang dokumen sokongan..
Mesti ingat!!!
Dapatkan
resit atau sebarang dokumen hitam putih sekiranya anda melaburkan atau
memberikan wang anda kepada mana-mana agen mahupun agensi pelaburan!
8) Terlalu Beria-Ia
Orang
yang menawarkan pelaburan atau SCK ni terlalu beria-ia menyatakan
pelaburan ini benar-benar menguntungkan. Nasihat saya, sekiranya anda
ingin membuat sebarang pelaburan, sila meneliti segala bentuk perjalanan
untung-rugi pelaburan yang dibuat pada tahun-tahun yang lepas atau
dengan cara yang paling mudah, anda boleh mendapatkan maklumat tentang
sesuatu syarikat serta pelaburan tersebut di Bank Negara Malaysia..Mudah
je kan?
9) Tidak Mempunyai Alamat Tetap
Para
penganjur utama skim biasanya tidak mempunyai alamat yang tetap dan
tidak mudah dihubungi. Kadangkala mereka hanya boleh dihubungi atau
berurusan dengan anda hanya melalui email sahaja.
10) Tawaran untuk Tempoh Terhad
SCK
ni biasanya desperate atau terdesak untuk nak dapat duit banyak.
Hasilnya, anda akan diberitahu bahawa tawaran pelaburan hanya untuk
tempoh terhad dan anda mesti melabur dengan segera
Tiada ulasan:
Catat Ulasan