Sabtu, 2 Jun 2012

Bila Kita Hidup dengan Berhutang

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera....

Percayakah anda bahawasanya sejak akhir-akhir ni, ramai orang dah mula mencari-cari atau kembali kepada agama, mencari sesuatu yang boleh menjamin kehidupan yang lebih baik sama ada semasa masih hidup atau saat-saat kematian akan tiba. Pada pendapat saya, masyarakat sekarang semakin sedar dan semakin bijak dalam menilai kualiti hidup serta persekitaran yang dilihat serta dilalui.

Kenapa saya cakap kualiti hidup? Saya teringat isu yang saya bincangkan bersama seorang sahabat..Dakyah Yahudi..Betapa Yahudi tak nak kita kembali kepada agama membuatkan mereka menukar Baitulmal yang banyak membantu orang susah kepada industri perbankan yang penuh dengan riba', dinar emas yang menjadi matawang paling berharga dan bernilai bertukar kepada wang kertas yang menjadi antara penyebab kepada kejatuhan ekonomi dunia serta yang paling ketara sekali ialah pendidikan anak-anak hanya rigid kepada bidang tertentu sahaja serta tidak langsung didedahkan dengan suasana pekerjaan dan pengurusan kewangan. Akhirnya, kesan yang kita tengok sekarang ialah, betapa banyaknya umat Islam yang masih mundur dari segi ekonomi dan pendidikan dan dalam masa yang sama Yahudi merupakan kuasa yang memonopoli ekonomi dunia 100%.

Kalau saya nak bercakap soal dakyah yahudi, memang terlalu banyak sehingga tak tertulis.. Cuma, apa yang saya nak highlight disini ialah majoriti orang melayu kita hidup dikelilingi dengan hutang. Jarang orang beli kereta, rumah, tanah hatta nak sambung belajar dengan bayar cash.. Majoriti dari kita berhutang dan meyebabkan otak kita berserabut tiap-tiap hari memikirkan hutang yang tak berkesudahan serta bebanan kewangan yang semakin meningkat dari masa ke semasa. Kenapa saya bercakap begini? Sebab, saya pun pernah melalui perkara ni. Mana taknya, belum bekerja kita sudah diajar dan dididik untuk berhutang. Sebagai contoh, kita nak sambung diploma atau ijazah, kita awal-awal lagi dah sign borang pinjaman dan pembayaran semula hutang kita, tak kisahlah dari agensi mana kita meminjam. Kalau tempat kita di IPTA, InsyaAllah hutang yang kita buat biasanya tak lebih dari RM40,000. Tapi, bila kita menghantar anak-anak kita ke IPTS, untuk diploma sahaja memerlukan pinjaman sehingga RM 60,000 sehingga ke RM 70,000... Adakah saya menipu? Kalau tak percaya, anda boleh tanya sendiri IPTS yang anda impikan untuk menghantar anak anda belajar atau cuba tanya pengalaman mereka yang dah pun belajar di IPTS. Inilah pengalaman kawan-kawan yang bekerja bersama saya dan ini jugalah keluhan mereka yang saya dengar setiap hari. Memang kesian....



Apabila anak-anak kita telah dididik untuk berhutang sejak dari awal, inilah yang disimpan dan disetkan dalam minda mereka iaitu, "aku mesti berhutang untuk dapatkan benda yang aku suka". Saya sangat tak hairan sekiranya mahasiswa sekarang termimpi-mimpi untuk memiliki kereta mewah, persalinan mewah seperti beg tangan, baju dan kasut dan bermacam-macam benda mewah lagi. Hal ini disebabkan, mereka tahu betapa senangnya untuk membuat hutang serta mereka tidak pernah didedahkan dengan cara pengurusan kewangan yang betul apabila sudah bekerjaya. Apa yang saya cakap di sini bukanlah kepada semua mahasiswa/mahasiswi tapi saya jelas bahawa lebih 80% daripada mereka mengalami masalah bebanan kewangan yang sama. Cuba senaraikan kaedah hutang yang senang untuk diperoleh? Antara yang paling senang ialah pinjaman peribadi dan kad kredit. Sebab itulah orang sekarang galak berbelanja dengan kad kredit. Beli DSLR yang berharga RM 4+++ dengan kad redit pun tiada masalah. Kawan saya sendiri pernah bercerita bahawa dia telah membeli 2 branded set make up yang berharga Rm 6+++.... dah terbeli baru terngadah bila bank telefon suruh langsaikan payment..dan orang sekarang juga menggunakan sebahagian atau keseluruhan daripada pinjaman peribadi untuk berkahwin.. Dengan pelamin indah dan persalinan pengantin yang beribu-raban, hadiah hantaran sehingga 15 dulang, yang setiap satu dulangnya RM 100 untuk hiasan bunga-bungaan, belum cerita lagi hadiah hantaran yang diberikan....Pendek kata orang sanggup berhabis-habisan sehingga berpuluh ribu untuk meraikan hari perkahwinan yang kadang-kadang tiada langsung duit backup atau simpanan untuk meneruskan kehidupan selepas berkahwin sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan.. Ini bukan cerita orang yang kaya-raya, tetapi cerita orang yang tak kaya dan mempunyai duit yang 'ngam-ngam'. Inilah realiti kehidupan sekarang.

Jadi, apa yang penting disini ialah peranan ibu-bapa dan guru-guru dalam menasihat serta menyedarkan anak-anak tentang bahana berhutang...Kecemerlangan anak-anak dalam menguruskan hidup dan kerjaya adalah bermula dari rumah..Didik anak-anak anda tentang 'mengapa' mereka perlu menyimpan, tentang 'mengapa' mereka perlu berjimat-cermat dan tentang 'mengapa' mereka perlu berbelanja dengan jimat dan cermat.. Kenapa saya sebut 'mengapa'? Kerana kebanyakan anak-anak tak tahu 'mengapa' mereka perlu menyimpan. Mereka hanya tahu 'bagaimana' untuk menyimpan.. Akhirnya, oleh kerana mereka sendiri tak tahu 'mengapa' (the reason of why), mereka tak tahu tujuan penyimpanan, didikan ibu bapa tinggallah sebagai didikan. Dan itulah lahirnya seorang yang tidak pandai menguruskan kewangan dengan baik dan bijak....


dan akhirnya, kita sendiri secara sedar atau pun tidak telah menjayakan dakyah yahudi dengan cemerlangnya. Inilah yang mereka nak iaitu, biarlah umat Islam dikelilingi dengan hutang supaya sama ada di tempat kerja mahupun di rumah, kita sentiasa stress, hilang motivasi untuk meneruskan kehidupan serta siang dan malam berhempas-pulas bekerja demi membayar hutang yang semakin menimbun..kesannya, lupa lah kita kepada Allah, semakin jauhlah kita daripada mengingatiNya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan