Sabtu, 2 Jun 2012

10 Tarikan Medical Card Terbaik dan Terhebat di Great Eastern Takaful


  Assalamualaikum....


Apa khabar kepada semua pembaca yang berilmu? Tahniah sebab anda berjaya sampai kepada blog saya demi mencari sedikit maklumat mengenai kewangan dan takaful..Pesan saya, sekiranya anda belum membuat keputusan untuk mengambil polisi daripada syarikat takaful yang mana satu, buatlah keputusan dengan cepat..Sebab apa? risiko kemalangan, penyakit, kematian, dan lumpuh tak pernah datang kepada anda selepas anda membuat keputusan untuk mengambil polisi takaful selepas anda berfikir berbulan-bulan lamanya..Mungkin esok kita sakit, atau lusa kita accident, atau minggu depan maut menjemput kita...who knows? Malang tak pernah berbau...


Terasa ingin berkongsi dengan pembaca tentang bagaimana saya boleh tertarik untuk menyertai Great Eastern Takaful...Prinsip saya, sebelum membuat keputusan, saya wajib mengkaji terlebih dahulu tentang baik dan buruk sesuatu keputusan tersebut..Saya mesti tahu apa kelebihan dan keburukan sesuatu produk sebelum saya membeli...Saya menyimpan dengan Great Eastern Takaful bukanlah disebabkan oleh agen yang menawarkan polisi takaful kepada saya, tetapi saya yang menawarkan kepada agen Great Eastern Takaful untuk membeli polisi tersebut...Sebab apa? sebab saya tahu apa kelebihan Great Eastern berbanding produk takaful lain di Malaysia..Bagaimana saya tahu? sebab saya dah mengkaji terlebih dahulu =) Kalau tidak, saya sendiri takkan berani untuk menjadi agen takaful Great Eastern kalau bukan disebabkan produknya yang lebih berkualiti...Anda pula bagaimana?

10 Sebab kenapa Great Eastern Takaful Menjadi Pilihan Pertama Saya

1) Kos yang rendah dengan Had tahunan yang lebih tinggi

Dengan simpanan Rm 100 sebulan, saya boleh dapatkan had tahunan yang bernilai Rm 60,000 setahun atau Rm 480,000 bagi had keseluruhan. Dan dengan simpanan Rm 200 pula, saya boleh mendapatkan had tahunan yang bernilai Rm 90,000 setahun atau had keseluruhan yang berjumlah Rm 720,000.. Had tahunan yang cukup tinggi ditawarkan oleh Great Eastern takaful..Bak kata pepatah, Mengapa Bayar Lebih sekiranya Privilege @ nilai @ manfaat yang kita dapat adalah kurang. Betul tak? Kalau duit lebihan kita banyak sekalipun, saya rasa tak perlulah kita membayar premium yang mahal tetapi dapat manfaat medical card yang sangat kurang.

2) Co-Takaful yang rendah

Co-Takaful bermakna sejumlah bil rawatan perlu dibayar kepada pihak hospital dan yang selebihnya akan ditanggung oleh syarikat takaful. Di dalam Great Eastern Takaful, kita hanya perlu membayar co-takaful minimum sebanyak 10% daripada jumlah bil dan maksimum Rm 500, mana yang lebih rendah. Sebagai contoh, sekiranya bil kita berjumlah Rm 6000, 10 % daripada bil ialah Rm 600...Ini bermakna, kita hanya perlu membayar bil rawatan sebanyak Rm 500 sahaja.

Terdapat juga syarikat takaful yang tidak mengenakan co-takaful, yang mana bil rawatan ditanggung 100% oleh syarikat takaful tersebut, tetapi had tahunan yang ditawarkan biasanya lebih rendah daripada apa yang Great Eastern Takaful tawarkan. Mungkin Rm 30,000 atau 40,000. Cuba bayangkan, apabila had tahunan cuma berjumlah Rm 30,000 sahaja, bil discaj bernilai Rm 15,000...Bukankah balance had tahunan hanya tinggal 15,000 sahaja? Berbeza dengan Great Eastern Takaful, apabila bil bernilai Rm 15,000...kita cuma membayar co-takaful Rm 500, jumlah keseluruhan yang ditolak daripada had tahunan ialah cuma Rm 14,500 dan kita masih mempunyai balance had tahunan yang bernilai Rm 45,500...Masih banyak lagi kan?

3) Manfaat tuntutan bagi penyakit kritikal peringkat awal (early payout critical care benefit)

Soalan kuiz saya pada kali ini.. Senaraikan syarikat takaful mana yang sudi memberi manfaat tuntutan bagi penyakit kritikal di peringkat awal? Jawapan saya ialah TIADA..Sebabnya, hanya Great Eastern Takaful satu-satunya yang menawarkan manfaat bagi tuntutan penyakit peringkat awal. Kenapa mesti penyakit peringkat awal?

Saya bagi contoh. Andai kata hari ini kita di 'diagnose' sakit buah pinggang, yang mana sebelah buah pinggang kita telah rosak dan perlu dibuang. Tidak dinafikan, memang semua takaful mahupun insurans menawarkan manfaat bagi penyakit kritikal, akan tetapi..apa yang bagusnya ialah, Great Eastern Takaful lebih memahami keperluan pelanggannya dengan memberi pampasan atau sejumlah wang apabila sebelah buah pinggang kita terpaksa dibuang TANPA menunggu sebelah buah pinggang lagi rosak atau dengan kata lain, Great Eastern Takaful akan memberi pampasan apabila kita di'diagnose' dengan penyakit kritikal dari peringkat awal lagi tanpa perlu menunggu penyakit kita berada di peringkat akhir serta tidak boleh diubati lagi.. Pernahkah anda terbaca arikel yang saya paparkan di bawah?



Bayangkan, wanita ni dah ada 3 polisi, tapi satu polisi pun tak cover penyakit kanser peringkat awal beliau.. Sekiranya anda juga turut concern mengenai pampasan penyakit kritikal untuk meringankan biaya perubatan anda, carilah takaful yang boleh bagi coverage sedari peringkat awal lagi.


4) Perlindungan sehingga 80 tahun

Tahukah anda bahawasanya Great Eastern Takaful menawarkan perlindungan sehingga 80 tahun tanpa perlu menambah nilai caruman? Antara manfaat yang ramai pelanggan tak nampak atau mungkin tidak diberitahu oleh agen. Saya suka highlight tentang umur perlindungan ini kerana ada sesetengah takaful yang hanya menawarkan perlindungan sehingga 60 atau 70 tahun sahaja. dan sekiranya ingin extend sehingga umur 80 tahun, maka nilai caruman perlu ditambah. Tetapi tidak di Great Eastern Takaful...Kesemua pemegang medical card Great Eastern Takaful secara automatik mendapat perlindungan sehingga 80 tahun tanpa perlu menambah langsung nilai caruman.


5)  Pemindahan Organ, Rawatan Dialisis serta Kanser Turut Ditanggung

Kos pemindahan organ (bukan kos organ) oleh sebab sakit yang ditanggung dan bukannya untuk pendermaan organ kepada orang lain turut ditanggung tertakluk kepada had tahunan. Untuk rawatan kanser serta dialisis buah pinggang bagi pesakit luar (outpatient) juga turut ditanggung oleh medical card Great Eastern Takaful
yang turut tertakluk kepada had tahunan.


6) Annual Limit Bertambah Setiap 3 Tahun

Sekiranya kita tidak membuat apa-apa claim, atau tidak masuk wad dalam tempoh 3 tahun, secara automatik had tahunan medical card kita akan bertambah sebanyak 10% daripada nilai asal tanpa perlu menambah nilai caruman! Sebagai contoh, sekiranya kita mengambil medical card yang berharga Rm 100, had tahunan ialah Rm 60,000.. dalam 3 tahun, tiada claim dibuat, medical card langsung tidak digunakan, secara automatik had tahunan naik sebanyak Rm 6,000 menjadikan had tahunan bernilai Rm 66,000...dan begitulah untuk 3 tahun yang seterusnya dan seterusnya lagi

Cuba bayangkan sekiranya had tahunan medical card kita naik sehingga 10 kali (iaitu 100%) sekiranya kita memang langsung tak membuat apa-apa claim dalam tempoh 30 tahun, bukankah had tahunan akan naik sehingga 120,000... Lebih daripada cukup sebagai persediaan sakit di hari tua nanti..


7) Kos Tabarru' yang murah dan lebih berpatutan

Kos tabarru' merupakan kos sebenar yang perlu dibayar oleh peserta takaful untuk melindungi diri untuk tujuan perubatan. Untuk pengetahuan anda, kos tabarru' yang dikenakan oleh Great Eastern takaful adalah antara yang terendah jika hendak di bandingkan dengan syarikat takaful yang lain.. Anda boleh kaji dan bertanya kepada agen takaful anda sendiri.

Sebagai contoh, mengikut ilustrasi di bawah, sekiranya pemegang polisi adalah seorang wanita yang berumur 30 tahun, membayar premium medical card yang berharga Rm 100, jumlah kos tabarru' yang perlu dibayar ialah Rm 358.00 setahun, bersamaan dengan Rm 29.83 sebulan sahaja. Satu amaun yang lebih rendah daripada syarikat takaful yang lain.



8) Rm 10,000 bagi tuntutan kematian akibat kemalangan

Setiap pemegang polisi daripada Great Eastern Takaful secara automatik akan diberikan manfaat kematian akibat kemalangan yang bernilai Rm 10,000 jika memegang polisi medical card yang bernilai Rm 100, manfaat yang bernilai Rm 15,000 bagi yang memegang polisi medical card yang bernilai Rm 200. Dan yang anehnya, saya belum lagi menjumpai manfaat yang sama yang diberikan oleh Great Eastern takaful oleh syarikat takaful yang lain.

9) Ujian Diagnosis dan Rundingan Pakar sebelum dan selepas kemasukan wad

Antara kelebihan yang ramai orang tak sedar ialah, Great Eastern Takaful memberi kelebihan kepada pemegang medical card iaitu tempoh 60 hari sebelum kemasukan wad bagi membuat ujian diagnosis serta rundingan pakar serta tempoh 90 hari rawatan selepas keluar dari hospital. Tempoh masa yang diberikan agak banyak berbanding dengan syarikat takaful lain yang hanya memberi tempoh 30 hari rawatan sebelum kemasukan wad dan ada juga syarikat takaful yang memberi manfaat rawatan dalam tempoh 30 hari selepas keluar dari wad.


10) Saya dapat car assistance programme

Antara kelebihan yang tiada di dalam medical card daripada syarikat takaful yang lain. Setiap pemegang medical card Great Eastern Takaful akan mendapat sticker untuk dilekatkan di cermin kereta yang mana seandainya kereta kita rosak, kita akan mendapat towing kereta secara percuma yang berjarak 60km dari tempat kejadian ke bengkel yang terdekat.


*****Kesimpulannya, kalau nak cerita pasal tarikan atau kelebihan yang Great Eastern bagi untuk pemegang polisinya, teramatlah banyak...2 pages pun belum tentu cukup..hehe.. Terpulang pada kita untuk menilai medical card mana yang bagus untuk diguna pakai sehingga ke akhir hayat. Cuma, pesan saya...fahami apa yang anda ingin ambil dan seelok-eloknya buatlah research serta perbandingan sebelum membuat keputusan.

Untuk keterangan lanjut bagi takaful Great Eastern, anda boleh ajukan macam-macam soalan kepada saya melalui  
fb : www.facebook.com/warizan_niaga atau email : warizan_niaga@yahoo.com.my atau mesej : 017-3957 553 @ 019-6686 795

Sekiranya hati anda terdetik untuk mengambil perlindungan perubatan, maka lakukanlah serta bertindaklah dengan segera. Usah ditunggu saat-saat anda bersedia kerana sakit ni tak akan datang pada kita bila kita benar-benar bersedia..Bertindaklah demi masa depan anda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan