Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Tempoh hari saya ada share sedikit
mengenai dengan beban hutang yang terpaksa ditanggung oleh ramai orang
sejak dari musim pengajian tinggi lagi tidak kiralah sewaktu diploma
mahupun degree. Disebabkan dari kesedaran tersebut, saya mula memikirkan
apakah jalan yang terbaik bagi pelajar pengajian tinggi amnya dan
anak-anak kecil seawal umur 30 hari khususnya untuk mendapatkan plan
simpanan yang selektif jika hendak dibandingkan dengan plan pinjaman
yang memerlukan peminjam membayar selama 10-40 tahun setelah tamat
pengajian di universiti mahupun kolej.
Plan Pinjaman
Jarang sekali ibu bapa berniat untuk membuat pinjaman pelajaran untuk anak-anak melainkan sekiranya mereka mempunyai masalah kewangan atau mempunyai bilangan tanggungan yang ramai. Seandainya kita tetap juga merancang untuk mengambil plan pinjaman bagi pengajian anak-anak pada masa depan, tidak kira lah daripada PTPTN, MARA mahupun agensi-agensi yang lain, ini menunjukkan kita sebagai ibu bapa belum merancang atau tidak berdisiplin dalam membuat simpanan pelajaran sejak anak masih kecil lagi. Mungkin ada juga di antara kita yang telah sedar dan membuat simpanan di dalam akaun deposit tetap mahupun ASB, akan tetapi....adalah lebih baik sekiranya kita 'menyebarkan' wang simpanan kita ke dalam 2 atau 3 tabung simpanan (saya akan jelaskan lebih lanjut dalam plan simpanan nanti). Saya yakin, majoriti daripada graduan di Malaysia mengambil plan pinjaman termasuklah diri saya sendiri kerana jarang sekali saya dapat berjumpa dengan mahasiswa yang sambung belajar dengan duit simpanan sendiri. Jadi, apa kata kita ubah situasi ini demi masa depan anak-anak kita nanti.
So, cuba bayangkan sekiranya anak anda dihantar ke IPTS yang mana kos pengajiannya adalah 3,4 kali ganda daripada kos pengajian di IPTA (nilai sekarang) atau mungkin dalam tempoh 10-20 tahun akan datang, kos pengajian di IPTA tak mustahil akan meningkat kepada berkali-kali ganda, adakah anda semua bersedia untuk menghantar anak-anak anda ke universiti? Bagaimana ketika waktu tersebut, kerajaan tidak lagi mampu memberi pinjaman pelajaran oleh sebab sehingga November 2011 pun, seramai 1.87 juta pelajar mengambil pinjaman PTPTN yang membabitkan kos sehingga 41.6 billion, dan mereka telah berura-ura untuk menghentikan perbelanjaan pinjaman mulai tahun 2013. Kita tidak sesekali minta perkara ini berlaku..tetapi seandainya terjadinya perkara ini, bagaimanakah masa depan anak-anak sekiranya ibu bapa masih belum sedar tentang pentingnya membuat plan simpanan mulai dari sekarang.
Plan Simpanan
Apa yang menariknya dengan plan simpanan untuk pendidikan ialah ibu bapa boleh merancang dan mula untuk menyimpan sejak anak masih dalam kandungan lagi. Tak perlu tunggu sehingga anak mula bersekolah atau bakal menyambung pengajian di peringkat universiti (terlambat sudah....). Ibu bapa boleh menyimpan di akaun bank, Amanah Saham Berhad (ASB) atau memilih produk-produk takaful pendidikan untuk tujuan simpanan..Seandainya anda telah menyimpan di ASB atau di akaun bank, apa kata anda menyebarkan simpanan anda di dalam 2, 3 atau 4 tabung simpanan.. Elakkan daripada menyimpan wang dengan satu institusi kewangan atau 1 akaun sahaja kerana biasanya kita tak dapat membezakan mana wang yang akan digunakan untuk kecemasan, untuk perbelanjaan (termasuk belanja sekolah anak-anak) dan yang mana untuk tujuan simpanan bagi jangka masa yang panjang.
PEMBAHAGIAN WANG GAJI MENGIKUT PERATUS
Andaikan gaji RM 2,500....ini merupakan contoh carta perbelanjaan wang gaji
PEMBAHAGIAN WANG SIMPANAN MENGIKUT PERATUS
Daripada
jumlah wang simpanan yang telah ditetapkan daripada basic gaji iaitu RM
625.00, berikut merupakan peratusan untuk setiap tabung simpanan yang
telah ditetapkan.
Seandainya
anda sudah mula membahagikan wang simpanan kepada beberapa tabung,
barulah anda akan nampak dengan jelas yang mana satukah tabung akan
disimpan dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa yang panjang. Apa
yang penting, simpanan pendidikan anak-anak haruslah dibuat dalam tempoh
jangka masa yang panjang, kalau boleh selama 20-25 tahun untuk
pengajian mereka di peringkat universiti lagi.
Seandainya
anda mula menyimpan di dalam tabung pendidikan anak sejak berusia
setahun lagi dengan kadar RM 100 sebulan, anda akan dapat lihat
peningkatan simpanan daripada tahun ke tahun sehinggalah anak berusia 20
tahun.
Sekiranya
saya ingin menyimpan dalam akaun tetap bagi pendidikan anak saya, saya
akan pastikan jumlah amaun yang saya simpan mestilah agak banyak yang
mana cukup untuk digunakan pada 20 tahun akan datang bagi tujuan
pembiayaan pendidikan di universiti kerana berkemungkinan bil pengajian
pada waktu tersebut mungkin meningkat naik (tak rugi pun simpan lebih
kan)...
Akan
tetapi....saya ada satu cara lagi untuk menyimpan secara smart dan
bukan secara hard..Hanya dengan simpanan RM 100 sebulan, saya boleh
mendapatkan kembali wang saya lebih dan kurang RM 29,000 menjelang umur
anak saya menjangkau 18 tahun....Saya nak menyimpan dan juga nak biarkan
duit tersebut bekerja untuk saya...So, yang ini saya akan ceritakan
pada next entry saya nanti...
Apa
yang saya nak highlight disini ialah, rancanglah dan didiklah anak-anak
anda untuk menyimpan wang demi masa depan mereka...Sekiranya anda
inginkan keterangan lanjut daripada saya, anda boleh hubungi saya di
mana sahaja anda berada....dunia kan di hujung jari sahaja......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan