Isnin, 4 Jun 2012

Sedia Wang Cukup Hadapi Usia Tua



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera....

Adakah anda masih mengingati laporan Harian Metro mengenai seorang jurutera yang mendakwa dirinya adalah 'jiran' kepada seorang lelaki tua iaitu bapanya telah tergamak membuang bapanya yang nyanyuk ke pusat jagaan orang-orang tua pada minggu lepas? Memang kesian dekat pakcik tu, dahlah tak berdaya, ingatan tak kuat, ingatkan boleh lah harapkan anak menjaga makan, minum...tapi lain pulak jadinya...Inilah antara tanda-tanda kiamat yang mana anak menjadi tuan...


Saya ada sedikit tips kepada pembaca semua, sekiranya kita inginkan ingatan kita kuat, tidak nyanyuk sehingga ke tua, amalkan lah membaca Al-Quran setiap hari kerana mukjizat yang satu inilah yang boleh memelihara ingatan kita walaupun umur mencecah seratus tahun...InsyaAllah..

Ok, yang sebenarnya bukan saya nak bercerita tentang kisah pakcik tua yang sangat menghiris hati ni, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang persediaan kewangan di hari tua nanti...Hidup seorang manusia ada putarannya sendiri.. Normalnya, kita bermula dari sekecil bayi, meningkat menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan akhirnya meninggal dunia..

Selalu kita mendengar, ibu dan ayah boleh menjaga, memberi makan yang cukup kepada 10 orang anak.. Akan TETAPI, seorang anak belum tentu mampu menjaga kedua ibu bapanya di hari tua.. Bagi saya, ini adalah lumrah dunia, lumrah bagi mereka yang mengejar keduniaan, pabila berada di langit, sudah tidak mahu menjenguk rumput di bumi, sudah mula melupakan asal-usul dirinya, insan yang melahirkan dirinya ke dunia, insan yang menjaganya dengan cermat sehingga mampu untuk hidup berdikari.. 

Saya tak kata semua anak berperangai buruk seperti ini, tetapi yang realitinya, tetap wujud sebilangan besar orang yang berperangai macam ni.. Inilah yang dikatakan sebagai si tanggang atau lebih jelas, anak derhaka.. Tetapi, kita juga tidak boleh menolak kemungkinan, ada sebilangan anak yang benar-benar tidak mampu untuk menjaga kedua orang tuanya dek kerana kesusahan serta kesempitan hidup yang membelenggu kehidupan mereka.. Alangkan makan minum sendiri pun ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bagaimana untuk memberi makan kepada orang tua? Mungkin mereka nakkan kehidupan serta kebajikan orang tuanya lebih terjaga dan terjamin di pusat jagaan orang tua.

Tak kisahlah apa pun sebab-musabab anak menghantar kedua ibu bapanya ke pusat jagaan, cuma, apa yang saya nak kupaskan di sini ialah, sangat wajar bagi kita sebagai orang tua, sebagai ibu bapa untuk membuat persiapan kewangan yang cukup bagi menampung kehidupan selepas pencen, ketika diri tidak berdaya untuk bekerja, ketika anak-anak tidak lagi mampu untuk meluangkan masa serta wang untuk menjaga kita.

Tahukah anda??
 Kedudukan Malaysia sekarang telah menghampiri status penuaan dengan kadar penduduk tua lebih tinggi daripada golongan muda

Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi hari tua dengan keadaan ekonomi sekarang sekejap naik dan sekejap jatuh merudum? Sudahkah anda memiliki wang simpanan yang mencukupi dan aset tetap seperti rumah kediaman yang memungkinkan anda serta pasangan untuk hidup berdikari apabila anak tidak lagi mampu menjaga segala keperluan seharian anda?

Antara maklumat yang dipetik daripada Harian Metro, 2hb Jun 2012, Bendahari Agung Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (MPKSM), Halijah Yahaya berkata, beliau melihat keadaan anak tidak mampu menjaga segala keperluan orang tua bakal wujud selepas menilai situasi terkini yang menyaksikan ramai ibu bapa warga emas menetap di pusat jagaan dan rumah kebajikan.

Mantan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, kebanyakan penghuni yang menghuni Pusat Jagaan atau Rumah Kebajikan kerana ketidakupayaan anak menjaga mereka disebabkan desakan kehidupan berkeluarga selain kos sara hidup yang semakin mendesak. Sekiranya dulu, si isteri tidak perlu keluar bekerja dan boleh menjadi suri rumah sepenuh masa, menjaga anak serta ibu bapa yang uzur, akan tetapi, keadaan sudah berubah. Isteri terpaksa keluar bekerja untuk menampung perbelanjaan dan pendapatan isi rumah yang tidak mencukupi.

Purata caruman KWSP yang sepatutnya ada ketika usia mencecah 55 tahun ialah RM 120,000...

Justeru itu, adakah nilai dalam akaun simpanan anda tidak kiralah di dalam akaun bank, polisi takaful untuk skim pencen, KWSP sudah menyamai atau lebih daripada nilai yang dinyatakan di atas? Sekiranya belum, masih belum terlambat untuk anda membentuk kembali sistem simpanan anda supaya ianya menjadi nilai RM 120,000 dan lebih... 

Saya tegaskan di sini, simpanan yang anda lakukan adalah untuk menjamin kehidupan anda serta pasangan di hari tua...Bimbang anak-anak tidak mampu menanggung kos sara hidup kita di hari tua nanti, pada siapa lagi kita nak harapkan untuk membantu? Wajar kita mengharapkan anak-anak untuk membantu kita, akan tetapi, kalau mereka sendiri tak mampu, apa yang boleh kita lakukan? Ditambah pula sekiranya kita sakit.. Al-maklumlah, makanan sekarang macam-macam...Diabetes, jantung, darah tinggi, buah pinggang...Semuanya memerlukan duit untuk menampung kos rawatan...Fikir-fikir kanlah sahabat-sahabat sekalian......

Setakat ini dulu perkongsian saya..Ibu bapa adalah harta yang paling bernilai untuk kita... Sekiranya mereka sudah tiada, takkan ada pengganti yang sama sepertinya lagi.. Teringat waktu kecil-kecil dulu, nak makan...mak suapkan. nak pergi sekolah, ayah yang minyakkan dan sikatkan rambut...rindu rasanya...Touching lah pulak...Ok, wassalam....

10 Cara Mengenal Skim Cepat Kaya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...


SCK...atau nama penuhnya, Skim Cepat Kaya...Kereta mesti Mercedes Benz, Jam Tangan berjenama Rolex, Wallet berukir tulisan Cerutti...dan macam-macam lagi barang-barang berjenama mahal dan branded yang cuba ditunjukkan oleh 'agen' skim cepat kaya ni...

Pernah berjumpa dengan 'agen bertauliah' ini? Bagaimana caranya untuk mengenal SCK ni? Saya berkongsi dengan anda 10 caranya yang diambil daripada kajian oleh Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia (PPSMM)

1) Pulangan Tak Masuk Akal

Mereka menjanjikan imbuhan pulangan yang tidak masuk akal dalam masa singkat serta TIADA RISIKO... Realitinya, jika anda meletakkan modal RM 20,000 di dalam pasaran saham, adakah anda akan mendapat semula modal serta keuntungan dengan nilai RM 500,000 dalam tempoh 2 minggu ke sebulan dengan tiada langsung terdedah kepada risiko? Tentunya tidak bukan? Jadi, bagaimana anda boleh percaya dengan SCK lalu meletakkan modal yang banyak dan mengharapkan bulan jatuh ke riba?


2) Permainan Emosi

Mempermainkan emosi seperti kereta mewah dan melancong ke luar negara. Teringat saya ketika berada di sekolah menengah dulu. Ketika itu, tengah heboh tentang SCK ni sampaikan kerajaan terpaksa buat iklan untuk menyedarkan masyarakat. Ingat tak anda tentang iklan yang mana seorang lelaki yang berpakaian profesional, dengan kot dan bertali leher datang menaiki kereta mewah bertemu dengan orang kampung..





Orang kampung pun gempar dengan kehadiran lelaki ini, almaklumlah dah lama tak jumpa, jumpa-jumpa je dah kaya-raya rupanya. Lalu, lelaki ini pun konon-kononnya present lah dekat orang kampung tentang bisnes yang dia buat. sambil-sambil tu lelaki ni angkat handset yang tak kurang juga mahalnya, terselak pulak jam tangan mewah yang dipakainya... Orang-orang kampung yang terpengaruh tu pun berilah duit modal seberapa banyak yang ada. Bila tiba waktu untuk memungut keuntungan, mereka pun beramai-ramai pergi ke pejabat 'agen' kaya ni tadi..dan betapa hampa, kecewanya mereka apabila, pejabat tersebut dah bertutup dan 'agen'nya itu pun entah kemana....
Sungguh mudah orang kita terpengaruh dengan visual mewah yang dipaparkan sampaikan sanggup menggadaikan tanah yang ada..Itulah yang dinamakan sebagai permainan emosi..Apabila emosi mengatasi akal fikiran yang waras...



3) Member Get Member Program (MGMP)

Konsep rantaian MGMP ini tidak pernah menunjukkan produk yang kononnya berkualiti yang perlu anda jual, sebaliknya dibayar mengikut bilangan orang yang anda latih atau mendaftar diri. Anda perlu ingat... dalam Islam, terdapat 6 rukun jual beli iaitu : 

i) Penjual
ii) Pembeli
iii) Harga yang dibeli
iv) Barang yang dijual
v) Sighah (Lafaz Penjual)
vi) Qabul (Lafaz Pembeli)

4) Keuntungan Pelaburan Awal

Pelaburan awal akan diberikan keuntungan, tetapi apabila pelanggan semakin yakin dan membuat penambahan pelaburan, barulah pembuat skim cepat kaya memberikan alasan tiada lagi keuntungan. ada juga yang terus menghilangkan diri apabila telah dapat mengumpul dana yang besar



5) Artis sebagai Duta

SCK juga giat mencari ikon sebagai duta skim seperti artis terkenal dan orang yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam Malaysia ni...Macam jurucakap produk, agak-agaknya kalau artis jadi duta sesuatu produk, sales produk tersebut naik tak? Jawapannya comfirm naik sebab melantik duta adalah salah satu bentuk marketing yang berkesan.


6) Skim yang Mengikut Trend

SCK juga membuat skim pelaburan yang mengikut trend semasa seperti ternakan lintah dan ternakan ikan keli. Kita tak boleh menolak kemungkinan yang mana ternakan ikan arowana mungkin turut menjadi sasaran SCK untuk mengajak orang ramai melabur.. Jadi, berhati-hatilah dengan sebarang ajakan untuk membuat pelaburan dalam bidang ternakan.. Pastikan anda mengkaji latar belakang syarikat yang terlibat terlebih dahulu.


7) Tidak Mempunyai Dokumentasi

Tiada dokumentasi urus niaga yang sahih, menyakinkan dan mantap. Kadangkala pelaburan dikutip tanpa sebarang dokumen sokongan.. 
Mesti ingat!!! 
Dapatkan resit atau sebarang dokumen hitam putih sekiranya anda melaburkan atau memberikan wang anda kepada mana-mana agen mahupun agensi pelaburan!


8) Terlalu Beria-Ia
Orang yang menawarkan pelaburan atau SCK ni terlalu beria-ia menyatakan pelaburan ini benar-benar menguntungkan. Nasihat saya, sekiranya anda ingin membuat sebarang pelaburan, sila meneliti segala bentuk perjalanan untung-rugi pelaburan yang dibuat pada tahun-tahun  yang lepas atau dengan cara yang paling mudah, anda boleh mendapatkan maklumat tentang sesuatu syarikat serta pelaburan tersebut di Bank Negara Malaysia..Mudah je kan?

9) Tidak Mempunyai Alamat Tetap

Para penganjur utama skim biasanya tidak mempunyai alamat yang tetap dan tidak mudah dihubungi. Kadangkala mereka hanya boleh dihubungi atau berurusan dengan anda hanya melalui email sahaja.

10) Tawaran untuk Tempoh Terhad

SCK ni biasanya desperate atau terdesak untuk nak dapat duit banyak. Hasilnya, anda akan diberitahu bahawa tawaran pelaburan hanya untuk tempoh terhad dan anda mesti melabur dengan segera

Sabtu, 2 Jun 2012

Great Eastern Takaful Sdn.Bhd.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua masyarakat Malaysia...

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya..Apa yang saya nak share pada hari ini ialah mengapa anda perlu untuk menyertai simpanan takaful dengan kami...








KAMI MEMPUNYAI 3 PAKEJ SIMPANAN YANG HEBAT !!!


 BUAT PILIHAN BIJAK DEMI MASA DEPAN ANDA DAN KELUARGA!!!





HANYA DENGAN SIMPANAN RM 3.33 SEHARI ATAU RM 100 SEBULAN, ANDA LAYAK MENDAPAT MANFAAT MEDICAL CARD UNTUK RAWATAN PAKAR YANG LEBIH SELESA DI HOSPITAL-HOSPITAL SWASTA DI SELURUH MALAYSIA SEPERTI YANG TELAH DISENARAIKAN

 NIKMATI 7 GANJARAN HEBAT MEDICAL CARD YANG BERNILAI RM 100 SEBULAN :


1) HAD TAHUNAN RM 60,000 SETAHUN

2) HAD SEUMUR HIDUP RM 480,000 SETAHUN

3) RM 2,000 SETAHUN SEBAGAI PESAKIT LUAR BAGI KEMALANGAN

4) KO-TAKAFUL MINIMUM 10% DAN MAKSIMUM RM 500 DARI JUMLAH BIL RAWATAN

5) PAMPASAN BAGI KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN SEBANYAK RM 10,000

6) PENINGKATAN HAD TAHUNAN KEPADA 10% ATAU RM6,000 SETIAP 3 TAHUN YANG MENJADIKAN JUMLAH HAD TAHUNAN KEPADA RM 66,000 UNTUK 3 TAHUN PERTAMA, RM 72,000 UNTUK 3 TAHUN YANG KEDUA DAN BEGITULAH SETERUSNYA  APABILA TIADA CLAIM DIBUAT DALAM TEMPOH 3 TAHUN BERTURUT-TURUT.

7) NIKMATI MANFAAT MEDICAL CARD SEHINGGA USIA 80 TAHUN TANPA PERLU MENAMBAH JUMLAH CARUMAN YANG TELAH DIBUAT


MAHUKAN EXTRA MANFAAT??

HANYA MENAMBAH RM 50.00 SEBULAN, ANDA LAYAK MENDAPAT MANFAAT HEBAT DEMI PERLINDUNGAN MASA DEPAN ANDA SERTA INSAN YANG TERSAYANG...

1) GAJI RM 1,500 SEBULAN @ RM 18,000 SETAHUN SEHINGGA UMUR 70 TAHUN ANDAI BERLAKU LUMPUH ATAU KECACATAN KEKAL

2) RM 2,000 BAGI KHAIRAT KEMATIAN...

3) RM 100 SEHARI SEBAGAI ELAUN DI WAD, RM 200 SEHARI DI ICU

4) PAMPASAN PENYAKIT PERINGKAT AWAL SERTA AKHIR SEBANYAK RM 15,000

5) PAMPASAN KECACATAN KEKAL SEBANYAK RM 10,000

6) PAMPASAN KEMATIAN ATAU LUMPUH SEBANYAK RM 50,000 (LUMP SUM)

NIKMATI SIMPANAN RM 32,000 (20 TAHUN) SERTA CARUMAN PERCUMA SEHINGGA USIA MELANGKAU 99 TAHUN SEKIRANYA MENGALAMI SALAH SATU DARIPADA 36 PENYAKIT KRITIKAL MAHUPUN LUMPUH...







SATU-SATUNYA PLAN SIMPANAN PENDIDIKAN YANG MENAWARKAN CARUMAN PERCUMA KEPADA PENAMA SEHINGGA USIA MENCECAH 25 TAHUN SEANDAINYA BERLAKU KEMATIAN TERHADAP PENCARUM

IBU BAPA TAK PERLU LAGI BIMBANG SERTA GUSAR MENGENAI PENDIDIKAN ANAK-ANAK SEKIRANYA TIADA LAGI AGENSI PINJAMAN PENDIDIKAN DALAM TEMPOH 20 TAHUN AKAN DATANG...

BUAT SIMPANAN PENDIDIKAN DARI AWAL, DAN LIHATLAH HASILNYA APABILA ANAK ANDA BERJAYA MENGGENGGAM SEGULUNG IJAZAH


'BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KE TEPIAN...
BERSAKIT-SAKIT DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN'


NIKMATI REWARD BERBENTUK WANG TUNAI BAGI PENCAPAIAN AKADEMIK YANG CEMERLANG




HANYA DENGAN SIMPANAN MINIMUM RM 100 SEBULAN, ANDA BERJAYA MENGUMPULKAN WANG KOLEJ SEHINGGA RM 29,137 PADA USIA ANAK ANDA 18 TAHUN


(jadual di atas sebagai CONTOH sahaja)
DENGAN MENYERTAI PAKEJ PENDIDIKAN IQRA' INI, ANDA BEBAS :


1) MEMILIH TEMPOH SIMPANAN

2) MENGUBAH JUMLAH SIMPANAN

3) MENGUBAH JUMLAH PERLINDUNGAN

4) MENGELUARKAN WANG APABILA ANDA PERLUKANNYA

5) TAMBAH NILAI PELABURAN DENGAN MEMBUAT PENAMBAHAN CARUMAN TUNGGAL










SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR HAJI??

SEANDAINYA BELUM, SEGERAKANLAH PEDAFTARAN HAJI ANDA UNTUK MENGETAHUI BILA TURN ANDA UNTUK KE MEKAH BAGI MENUNAIKAN HAJI...

PADA APRIL 2012, TURN HAJI SUDAH MENJANGKAU KEPADA TAHUN 2048 ( 36 TAHUN DARI SEKARANG)


UMUR ANDA SEKARANG : 30 TAHUN 
TEMPOH UNTUK PERGI HAJI : 36 TAHUN


=
TURN ANDA UNTUK PERGI HAJI ADALAH PADA UMUR 66 TAHUN !!


BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR HAJI?? 
SAYA AKAN TUNJUKKAN CARANYA KEPADA ANDA HANYA DENGAN MENGGUNAKAN SIMPANAN KWSP TANPA PERLU MENGELUARKAN DUIT POKET SENDIRI...


ADAKAH ANDA BERCADANG UNTUK MENDAPATKAN HAJI MABRUR KETIKA KEADAAN ANDA NANTI MUNGKIN MENJADI SEPERTI INI?



ATAU SEPERTI INI?






ATAU MUNGKIN JUGA SEPERTI INI?




TIADA LAGI NIKMAT UNTUK BERIBADAH APABILA BADAN SUDAH TIDAK BERUPAYA UNTUK BERGERAK, KAKI SUDAH TIDAK BERUPAYA UNTUK MELANGKAH


 SEMATKAN DALAM JIWA DAN HATI ANDA UNTUK MENDAPATKAN HAJI MABRUR PADA USIA MUDA

HANYA DENGAN SIMPANAN MINIMA  RM 103 SEBULAN SELAMA 15 TAHUN, ANDA AKAN MENDAPAT MANFAAT SEPERTI DI BAWAH...




DENGAN SIMPANAN RM 20,540...ANDA LAYAK MEMOHON PAKEJ HAJI YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH TABUNG HAJI AND TRAVEL... 



INI BERMAKNA, DENGAN IZIN ALLAH, ANDA LAYAK UNTUK SKIP TURN HAJI ANDA SEKIRANYA DUIT SIMPANAN HAJI TELAH MENCUKUPI UNTUK MENGAMBIL SALAH SATU DARIPADA PAKEJ HAJI SEPERTI YANG TERTERA DI ATAS.. 


30 TAHUN UMUR ANDA SEKARANG 





15 TAHUN SIMPANAN HAJI


=

PADA USIA 45 TAHUN, ANDA LAYAK UNTUK MEMBUAT PEMOHONAN UNTUK MENUNAIKAN HAJI DENGAN LEBIH AWAL

SEKURANG-KURANGNYA, ANDA BOLEH SKIP TAHUN HAJI SEHINGGA 20 TAHUN !!




ADAKAH IANYA MUSTAHIL UNTUK PERGI MENUNAIKAN HAJI DALAM WAKTU TERDEKAT??

DIMANA ADA KEMAHUAN, DISITU ADA PETUNJUK JALAN..... 






BUAT KEPUTUSAN BIJAK DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH GEMILANG...

MUSIBAH TAKKAN DATANG DI SAAT-SAAT ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK MENERIMANYA, TAKKAN HADIR DISAAT-SAAT KEWANGAN ATAU SIMPANAN ANDA SUDAH MELEBIHI DARI KEPERLUAN SEHARIAN ANDA...

HUBUNGI SAYA :

 MOHD ALI YASA'A BIN YUSOF  
019-6686 795
017-3957 553


ATAU


LAYARI FACEBOOK : www.facebook.com/warizanniaga


EMAIL PENDAPAT @ PERTANYAAN ANDA :
warizan_niaga@yahoo.com.my


Bila Kita Hidup dengan Berhutang

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera....

Percayakah anda bahawasanya sejak akhir-akhir ni, ramai orang dah mula mencari-cari atau kembali kepada agama, mencari sesuatu yang boleh menjamin kehidupan yang lebih baik sama ada semasa masih hidup atau saat-saat kematian akan tiba. Pada pendapat saya, masyarakat sekarang semakin sedar dan semakin bijak dalam menilai kualiti hidup serta persekitaran yang dilihat serta dilalui.

Kenapa saya cakap kualiti hidup? Saya teringat isu yang saya bincangkan bersama seorang sahabat..Dakyah Yahudi..Betapa Yahudi tak nak kita kembali kepada agama membuatkan mereka menukar Baitulmal yang banyak membantu orang susah kepada industri perbankan yang penuh dengan riba', dinar emas yang menjadi matawang paling berharga dan bernilai bertukar kepada wang kertas yang menjadi antara penyebab kepada kejatuhan ekonomi dunia serta yang paling ketara sekali ialah pendidikan anak-anak hanya rigid kepada bidang tertentu sahaja serta tidak langsung didedahkan dengan suasana pekerjaan dan pengurusan kewangan. Akhirnya, kesan yang kita tengok sekarang ialah, betapa banyaknya umat Islam yang masih mundur dari segi ekonomi dan pendidikan dan dalam masa yang sama Yahudi merupakan kuasa yang memonopoli ekonomi dunia 100%.

Kalau saya nak bercakap soal dakyah yahudi, memang terlalu banyak sehingga tak tertulis.. Cuma, apa yang saya nak highlight disini ialah majoriti orang melayu kita hidup dikelilingi dengan hutang. Jarang orang beli kereta, rumah, tanah hatta nak sambung belajar dengan bayar cash.. Majoriti dari kita berhutang dan meyebabkan otak kita berserabut tiap-tiap hari memikirkan hutang yang tak berkesudahan serta bebanan kewangan yang semakin meningkat dari masa ke semasa. Kenapa saya bercakap begini? Sebab, saya pun pernah melalui perkara ni. Mana taknya, belum bekerja kita sudah diajar dan dididik untuk berhutang. Sebagai contoh, kita nak sambung diploma atau ijazah, kita awal-awal lagi dah sign borang pinjaman dan pembayaran semula hutang kita, tak kisahlah dari agensi mana kita meminjam. Kalau tempat kita di IPTA, InsyaAllah hutang yang kita buat biasanya tak lebih dari RM40,000. Tapi, bila kita menghantar anak-anak kita ke IPTS, untuk diploma sahaja memerlukan pinjaman sehingga RM 60,000 sehingga ke RM 70,000... Adakah saya menipu? Kalau tak percaya, anda boleh tanya sendiri IPTS yang anda impikan untuk menghantar anak anda belajar atau cuba tanya pengalaman mereka yang dah pun belajar di IPTS. Inilah pengalaman kawan-kawan yang bekerja bersama saya dan ini jugalah keluhan mereka yang saya dengar setiap hari. Memang kesian....



Apabila anak-anak kita telah dididik untuk berhutang sejak dari awal, inilah yang disimpan dan disetkan dalam minda mereka iaitu, "aku mesti berhutang untuk dapatkan benda yang aku suka". Saya sangat tak hairan sekiranya mahasiswa sekarang termimpi-mimpi untuk memiliki kereta mewah, persalinan mewah seperti beg tangan, baju dan kasut dan bermacam-macam benda mewah lagi. Hal ini disebabkan, mereka tahu betapa senangnya untuk membuat hutang serta mereka tidak pernah didedahkan dengan cara pengurusan kewangan yang betul apabila sudah bekerjaya. Apa yang saya cakap di sini bukanlah kepada semua mahasiswa/mahasiswi tapi saya jelas bahawa lebih 80% daripada mereka mengalami masalah bebanan kewangan yang sama. Cuba senaraikan kaedah hutang yang senang untuk diperoleh? Antara yang paling senang ialah pinjaman peribadi dan kad kredit. Sebab itulah orang sekarang galak berbelanja dengan kad kredit. Beli DSLR yang berharga RM 4+++ dengan kad redit pun tiada masalah. Kawan saya sendiri pernah bercerita bahawa dia telah membeli 2 branded set make up yang berharga Rm 6+++.... dah terbeli baru terngadah bila bank telefon suruh langsaikan payment..dan orang sekarang juga menggunakan sebahagian atau keseluruhan daripada pinjaman peribadi untuk berkahwin.. Dengan pelamin indah dan persalinan pengantin yang beribu-raban, hadiah hantaran sehingga 15 dulang, yang setiap satu dulangnya RM 100 untuk hiasan bunga-bungaan, belum cerita lagi hadiah hantaran yang diberikan....Pendek kata orang sanggup berhabis-habisan sehingga berpuluh ribu untuk meraikan hari perkahwinan yang kadang-kadang tiada langsung duit backup atau simpanan untuk meneruskan kehidupan selepas berkahwin sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan.. Ini bukan cerita orang yang kaya-raya, tetapi cerita orang yang tak kaya dan mempunyai duit yang 'ngam-ngam'. Inilah realiti kehidupan sekarang.

Jadi, apa yang penting disini ialah peranan ibu-bapa dan guru-guru dalam menasihat serta menyedarkan anak-anak tentang bahana berhutang...Kecemerlangan anak-anak dalam menguruskan hidup dan kerjaya adalah bermula dari rumah..Didik anak-anak anda tentang 'mengapa' mereka perlu menyimpan, tentang 'mengapa' mereka perlu berjimat-cermat dan tentang 'mengapa' mereka perlu berbelanja dengan jimat dan cermat.. Kenapa saya sebut 'mengapa'? Kerana kebanyakan anak-anak tak tahu 'mengapa' mereka perlu menyimpan. Mereka hanya tahu 'bagaimana' untuk menyimpan.. Akhirnya, oleh kerana mereka sendiri tak tahu 'mengapa' (the reason of why), mereka tak tahu tujuan penyimpanan, didikan ibu bapa tinggallah sebagai didikan. Dan itulah lahirnya seorang yang tidak pandai menguruskan kewangan dengan baik dan bijak....


dan akhirnya, kita sendiri secara sedar atau pun tidak telah menjayakan dakyah yahudi dengan cemerlangnya. Inilah yang mereka nak iaitu, biarlah umat Islam dikelilingi dengan hutang supaya sama ada di tempat kerja mahupun di rumah, kita sentiasa stress, hilang motivasi untuk meneruskan kehidupan serta siang dan malam berhempas-pulas bekerja demi membayar hutang yang semakin menimbun..kesannya, lupa lah kita kepada Allah, semakin jauhlah kita daripada mengingatiNya...

10 Tarikan Medical Card Terbaik dan Terhebat di Great Eastern Takaful


  Assalamualaikum....


Apa khabar kepada semua pembaca yang berilmu? Tahniah sebab anda berjaya sampai kepada blog saya demi mencari sedikit maklumat mengenai kewangan dan takaful..Pesan saya, sekiranya anda belum membuat keputusan untuk mengambil polisi daripada syarikat takaful yang mana satu, buatlah keputusan dengan cepat..Sebab apa? risiko kemalangan, penyakit, kematian, dan lumpuh tak pernah datang kepada anda selepas anda membuat keputusan untuk mengambil polisi takaful selepas anda berfikir berbulan-bulan lamanya..Mungkin esok kita sakit, atau lusa kita accident, atau minggu depan maut menjemput kita...who knows? Malang tak pernah berbau...


Terasa ingin berkongsi dengan pembaca tentang bagaimana saya boleh tertarik untuk menyertai Great Eastern Takaful...Prinsip saya, sebelum membuat keputusan, saya wajib mengkaji terlebih dahulu tentang baik dan buruk sesuatu keputusan tersebut..Saya mesti tahu apa kelebihan dan keburukan sesuatu produk sebelum saya membeli...Saya menyimpan dengan Great Eastern Takaful bukanlah disebabkan oleh agen yang menawarkan polisi takaful kepada saya, tetapi saya yang menawarkan kepada agen Great Eastern Takaful untuk membeli polisi tersebut...Sebab apa? sebab saya tahu apa kelebihan Great Eastern berbanding produk takaful lain di Malaysia..Bagaimana saya tahu? sebab saya dah mengkaji terlebih dahulu =) Kalau tidak, saya sendiri takkan berani untuk menjadi agen takaful Great Eastern kalau bukan disebabkan produknya yang lebih berkualiti...Anda pula bagaimana?

10 Sebab kenapa Great Eastern Takaful Menjadi Pilihan Pertama Saya

1) Kos yang rendah dengan Had tahunan yang lebih tinggi

Dengan simpanan Rm 100 sebulan, saya boleh dapatkan had tahunan yang bernilai Rm 60,000 setahun atau Rm 480,000 bagi had keseluruhan. Dan dengan simpanan Rm 200 pula, saya boleh mendapatkan had tahunan yang bernilai Rm 90,000 setahun atau had keseluruhan yang berjumlah Rm 720,000.. Had tahunan yang cukup tinggi ditawarkan oleh Great Eastern takaful..Bak kata pepatah, Mengapa Bayar Lebih sekiranya Privilege @ nilai @ manfaat yang kita dapat adalah kurang. Betul tak? Kalau duit lebihan kita banyak sekalipun, saya rasa tak perlulah kita membayar premium yang mahal tetapi dapat manfaat medical card yang sangat kurang.

2) Co-Takaful yang rendah

Co-Takaful bermakna sejumlah bil rawatan perlu dibayar kepada pihak hospital dan yang selebihnya akan ditanggung oleh syarikat takaful. Di dalam Great Eastern Takaful, kita hanya perlu membayar co-takaful minimum sebanyak 10% daripada jumlah bil dan maksimum Rm 500, mana yang lebih rendah. Sebagai contoh, sekiranya bil kita berjumlah Rm 6000, 10 % daripada bil ialah Rm 600...Ini bermakna, kita hanya perlu membayar bil rawatan sebanyak Rm 500 sahaja.

Terdapat juga syarikat takaful yang tidak mengenakan co-takaful, yang mana bil rawatan ditanggung 100% oleh syarikat takaful tersebut, tetapi had tahunan yang ditawarkan biasanya lebih rendah daripada apa yang Great Eastern Takaful tawarkan. Mungkin Rm 30,000 atau 40,000. Cuba bayangkan, apabila had tahunan cuma berjumlah Rm 30,000 sahaja, bil discaj bernilai Rm 15,000...Bukankah balance had tahunan hanya tinggal 15,000 sahaja? Berbeza dengan Great Eastern Takaful, apabila bil bernilai Rm 15,000...kita cuma membayar co-takaful Rm 500, jumlah keseluruhan yang ditolak daripada had tahunan ialah cuma Rm 14,500 dan kita masih mempunyai balance had tahunan yang bernilai Rm 45,500...Masih banyak lagi kan?

3) Manfaat tuntutan bagi penyakit kritikal peringkat awal (early payout critical care benefit)

Soalan kuiz saya pada kali ini.. Senaraikan syarikat takaful mana yang sudi memberi manfaat tuntutan bagi penyakit kritikal di peringkat awal? Jawapan saya ialah TIADA..Sebabnya, hanya Great Eastern Takaful satu-satunya yang menawarkan manfaat bagi tuntutan penyakit peringkat awal. Kenapa mesti penyakit peringkat awal?

Saya bagi contoh. Andai kata hari ini kita di 'diagnose' sakit buah pinggang, yang mana sebelah buah pinggang kita telah rosak dan perlu dibuang. Tidak dinafikan, memang semua takaful mahupun insurans menawarkan manfaat bagi penyakit kritikal, akan tetapi..apa yang bagusnya ialah, Great Eastern Takaful lebih memahami keperluan pelanggannya dengan memberi pampasan atau sejumlah wang apabila sebelah buah pinggang kita terpaksa dibuang TANPA menunggu sebelah buah pinggang lagi rosak atau dengan kata lain, Great Eastern Takaful akan memberi pampasan apabila kita di'diagnose' dengan penyakit kritikal dari peringkat awal lagi tanpa perlu menunggu penyakit kita berada di peringkat akhir serta tidak boleh diubati lagi.. Pernahkah anda terbaca arikel yang saya paparkan di bawah?



Bayangkan, wanita ni dah ada 3 polisi, tapi satu polisi pun tak cover penyakit kanser peringkat awal beliau.. Sekiranya anda juga turut concern mengenai pampasan penyakit kritikal untuk meringankan biaya perubatan anda, carilah takaful yang boleh bagi coverage sedari peringkat awal lagi.


4) Perlindungan sehingga 80 tahun

Tahukah anda bahawasanya Great Eastern Takaful menawarkan perlindungan sehingga 80 tahun tanpa perlu menambah nilai caruman? Antara manfaat yang ramai pelanggan tak nampak atau mungkin tidak diberitahu oleh agen. Saya suka highlight tentang umur perlindungan ini kerana ada sesetengah takaful yang hanya menawarkan perlindungan sehingga 60 atau 70 tahun sahaja. dan sekiranya ingin extend sehingga umur 80 tahun, maka nilai caruman perlu ditambah. Tetapi tidak di Great Eastern Takaful...Kesemua pemegang medical card Great Eastern Takaful secara automatik mendapat perlindungan sehingga 80 tahun tanpa perlu menambah langsung nilai caruman.


5)  Pemindahan Organ, Rawatan Dialisis serta Kanser Turut Ditanggung

Kos pemindahan organ (bukan kos organ) oleh sebab sakit yang ditanggung dan bukannya untuk pendermaan organ kepada orang lain turut ditanggung tertakluk kepada had tahunan. Untuk rawatan kanser serta dialisis buah pinggang bagi pesakit luar (outpatient) juga turut ditanggung oleh medical card Great Eastern Takaful
yang turut tertakluk kepada had tahunan.


6) Annual Limit Bertambah Setiap 3 Tahun

Sekiranya kita tidak membuat apa-apa claim, atau tidak masuk wad dalam tempoh 3 tahun, secara automatik had tahunan medical card kita akan bertambah sebanyak 10% daripada nilai asal tanpa perlu menambah nilai caruman! Sebagai contoh, sekiranya kita mengambil medical card yang berharga Rm 100, had tahunan ialah Rm 60,000.. dalam 3 tahun, tiada claim dibuat, medical card langsung tidak digunakan, secara automatik had tahunan naik sebanyak Rm 6,000 menjadikan had tahunan bernilai Rm 66,000...dan begitulah untuk 3 tahun yang seterusnya dan seterusnya lagi

Cuba bayangkan sekiranya had tahunan medical card kita naik sehingga 10 kali (iaitu 100%) sekiranya kita memang langsung tak membuat apa-apa claim dalam tempoh 30 tahun, bukankah had tahunan akan naik sehingga 120,000... Lebih daripada cukup sebagai persediaan sakit di hari tua nanti..


7) Kos Tabarru' yang murah dan lebih berpatutan

Kos tabarru' merupakan kos sebenar yang perlu dibayar oleh peserta takaful untuk melindungi diri untuk tujuan perubatan. Untuk pengetahuan anda, kos tabarru' yang dikenakan oleh Great Eastern takaful adalah antara yang terendah jika hendak di bandingkan dengan syarikat takaful yang lain.. Anda boleh kaji dan bertanya kepada agen takaful anda sendiri.

Sebagai contoh, mengikut ilustrasi di bawah, sekiranya pemegang polisi adalah seorang wanita yang berumur 30 tahun, membayar premium medical card yang berharga Rm 100, jumlah kos tabarru' yang perlu dibayar ialah Rm 358.00 setahun, bersamaan dengan Rm 29.83 sebulan sahaja. Satu amaun yang lebih rendah daripada syarikat takaful yang lain.



8) Rm 10,000 bagi tuntutan kematian akibat kemalangan

Setiap pemegang polisi daripada Great Eastern Takaful secara automatik akan diberikan manfaat kematian akibat kemalangan yang bernilai Rm 10,000 jika memegang polisi medical card yang bernilai Rm 100, manfaat yang bernilai Rm 15,000 bagi yang memegang polisi medical card yang bernilai Rm 200. Dan yang anehnya, saya belum lagi menjumpai manfaat yang sama yang diberikan oleh Great Eastern takaful oleh syarikat takaful yang lain.

9) Ujian Diagnosis dan Rundingan Pakar sebelum dan selepas kemasukan wad

Antara kelebihan yang ramai orang tak sedar ialah, Great Eastern Takaful memberi kelebihan kepada pemegang medical card iaitu tempoh 60 hari sebelum kemasukan wad bagi membuat ujian diagnosis serta rundingan pakar serta tempoh 90 hari rawatan selepas keluar dari hospital. Tempoh masa yang diberikan agak banyak berbanding dengan syarikat takaful lain yang hanya memberi tempoh 30 hari rawatan sebelum kemasukan wad dan ada juga syarikat takaful yang memberi manfaat rawatan dalam tempoh 30 hari selepas keluar dari wad.


10) Saya dapat car assistance programme

Antara kelebihan yang tiada di dalam medical card daripada syarikat takaful yang lain. Setiap pemegang medical card Great Eastern Takaful akan mendapat sticker untuk dilekatkan di cermin kereta yang mana seandainya kereta kita rosak, kita akan mendapat towing kereta secara percuma yang berjarak 60km dari tempat kejadian ke bengkel yang terdekat.


*****Kesimpulannya, kalau nak cerita pasal tarikan atau kelebihan yang Great Eastern bagi untuk pemegang polisinya, teramatlah banyak...2 pages pun belum tentu cukup..hehe.. Terpulang pada kita untuk menilai medical card mana yang bagus untuk diguna pakai sehingga ke akhir hayat. Cuma, pesan saya...fahami apa yang anda ingin ambil dan seelok-eloknya buatlah research serta perbandingan sebelum membuat keputusan.

Untuk keterangan lanjut bagi takaful Great Eastern, anda boleh ajukan macam-macam soalan kepada saya melalui  
fb : www.facebook.com/warizan_niaga atau email : warizan_niaga@yahoo.com.my atau mesej : 017-3957 553 @ 019-6686 795

Sekiranya hati anda terdetik untuk mengambil perlindungan perubatan, maka lakukanlah serta bertindaklah dengan segera. Usah ditunggu saat-saat anda bersedia kerana sakit ni tak akan datang pada kita bila kita benar-benar bersedia..Bertindaklah demi masa depan anda!

Plan Pinjaman Vs Plan Simpanan Pendidikan Anak



Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Tempoh hari saya ada share sedikit mengenai dengan beban hutang yang terpaksa ditanggung oleh ramai orang sejak dari musim pengajian tinggi lagi tidak kiralah sewaktu diploma mahupun degree. Disebabkan dari kesedaran tersebut, saya mula memikirkan apakah jalan yang terbaik bagi pelajar pengajian tinggi amnya dan anak-anak kecil seawal umur 30 hari khususnya untuk mendapatkan plan simpanan yang selektif jika hendak dibandingkan dengan plan pinjaman yang memerlukan peminjam membayar selama 10-40 tahun setelah tamat pengajian di universiti mahupun kolej.

Plan Pinjaman

Jarang sekali ibu bapa berniat untuk membuat pinjaman pelajaran untuk anak-anak melainkan sekiranya mereka mempunyai masalah kewangan atau mempunyai bilangan tanggungan yang ramai. Seandainya kita tetap juga merancang untuk mengambil plan pinjaman bagi pengajian anak-anak pada masa depan, tidak kira lah daripada PTPTN, MARA mahupun agensi-agensi yang lain, ini menunjukkan kita sebagai ibu bapa belum merancang atau tidak berdisiplin dalam membuat simpanan pelajaran sejak anak masih kecil lagi. Mungkin ada juga di antara kita yang telah sedar dan membuat simpanan di dalam akaun deposit tetap mahupun ASB, akan tetapi....adalah lebih baik sekiranya kita 'menyebarkan' wang simpanan kita ke dalam 2 atau 3 tabung simpanan (saya akan jelaskan lebih lanjut dalam plan simpanan nanti). Saya yakin, majoriti daripada graduan di Malaysia mengambil plan pinjaman termasuklah diri saya sendiri kerana jarang sekali saya dapat berjumpa dengan mahasiswa yang sambung belajar dengan duit simpanan sendiri. Jadi, apa kata kita ubah situasi ini demi masa depan anak-anak kita nanti.


Seandainya kita mengambil plan pinjaman, pada peringkat permulaan lagi seawal umur 18-20 tahun, para pelajar akan mendapat sejumlah wang yang dimasukkan ke akaun bank pada setiap awal semester atau setiap bulan. Contohnya, pinjaman yang saya buat dengan PTPTN bagi program diploma di IPTA bernilai RM 15,000 pada tahun 2006 yang mana dimasukkan ke akaun setiap awal semester untuk menjelaskan yuran serta perbelanjaan yang lain. Setelah tamat pengajian, saya dikehendaki untuk membayar sebanyak RM 19,500 dengan 3% kos pentadbiran yang mana kini berubah kepada RM 16,500 dengan plan Ujrah selama 120 bulan. Kesimpulannya, pada awal sahaja saya mendapat cash untuk meneruskan pengajian, dan kini setelah bekerja, saya membuat plan kewangan saya sendiri yang mana 10% daripada gaji saya digunakan untuk membayar semula PTPTN pada setiap bulan sehinggalah langsai pembayarannya dalam tempoh 10 tahun dari sekarang. Seandainya dulu saya ada wang simpanan yang mencukupi untuk menaggung pengajian saya, ini bermakna saya bebas hutang sejak dari hari graduasi saya lagi...bestnya..

So, cuba bayangkan sekiranya anak anda dihantar ke IPTS yang mana kos pengajiannya adalah 3,4 kali ganda daripada kos pengajian di IPTA (nilai sekarang) atau mungkin dalam tempoh 10-20 tahun akan datang, kos pengajian di IPTA tak mustahil akan meningkat kepada berkali-kali ganda, adakah anda semua bersedia untuk menghantar anak-anak anda ke universiti? Bagaimana ketika waktu tersebut, kerajaan tidak lagi mampu memberi pinjaman pelajaran oleh sebab sehingga November 2011 pun, seramai 1.87 juta pelajar mengambil pinjaman  PTPTN yang membabitkan kos sehingga 41.6 billion, dan mereka telah berura-ura untuk menghentikan perbelanjaan pinjaman mulai tahun 2013. Kita tidak sesekali minta perkara ini berlaku..tetapi seandainya terjadinya perkara ini, bagaimanakah masa depan anak-anak sekiranya ibu bapa masih belum sedar tentang pentingnya membuat plan simpanan mulai dari sekarang.



Plan Simpanan

Apa yang menariknya dengan plan simpanan untuk pendidikan ialah ibu bapa boleh merancang dan mula untuk menyimpan sejak anak masih dalam kandungan lagi. Tak perlu tunggu sehingga anak mula bersekolah atau bakal menyambung pengajian di peringkat universiti (terlambat sudah....). Ibu bapa boleh menyimpan di akaun bank, Amanah Saham Berhad (ASB) atau memilih produk-produk takaful pendidikan untuk tujuan simpanan..Seandainya anda telah menyimpan di ASB atau di akaun bank, apa kata anda menyebarkan simpanan anda di dalam 2, 3 atau 4 tabung simpanan.. Elakkan daripada menyimpan wang dengan satu institusi kewangan atau 1 akaun sahaja kerana biasanya kita tak dapat membezakan mana wang yang akan digunakan untuk kecemasan, untuk perbelanjaan (termasuk belanja sekolah anak-anak) dan yang mana untuk tujuan simpanan bagi jangka masa yang panjang.



PEMBAHAGIAN WANG GAJI MENGIKUT PERATUS

Andaikan gaji RM 2,500....ini merupakan contoh carta perbelanjaan wang gaji



  PEMBAHAGIAN WANG SIMPANAN MENGIKUT PERATUS

Daripada jumlah wang simpanan yang telah ditetapkan daripada basic gaji iaitu RM 625.00, berikut merupakan peratusan untuk setiap tabung simpanan yang telah ditetapkan. 


Seandainya anda sudah mula membahagikan wang simpanan kepada beberapa tabung, barulah anda akan nampak dengan jelas yang mana satukah tabung akan disimpan dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa yang panjang. Apa yang penting, simpanan pendidikan anak-anak haruslah dibuat dalam tempoh jangka masa yang panjang, kalau boleh selama 20-25 tahun untuk pengajian mereka di peringkat universiti lagi.


Seandainya anda mula menyimpan di dalam tabung pendidikan anak sejak berusia setahun lagi dengan kadar RM 100 sebulan, anda akan dapat lihat peningkatan simpanan daripada tahun ke tahun sehinggalah anak berusia 20 tahun. 


Sekiranya saya ingin menyimpan dalam akaun tetap bagi pendidikan anak saya, saya akan pastikan jumlah amaun yang saya simpan mestilah agak banyak yang mana cukup untuk digunakan pada 20 tahun akan datang bagi tujuan pembiayaan pendidikan di universiti kerana berkemungkinan bil pengajian pada waktu tersebut mungkin meningkat naik (tak rugi pun simpan lebih kan)...

Akan tetapi....saya ada satu cara lagi untuk menyimpan secara smart dan bukan secara hard..Hanya dengan simpanan RM 100 sebulan, saya boleh mendapatkan kembali wang saya lebih dan kurang RM 29,000 menjelang umur anak saya menjangkau 18 tahun....Saya nak menyimpan dan juga nak biarkan duit tersebut bekerja untuk saya...So, yang ini saya akan ceritakan pada next entry saya nanti...

Apa yang saya nak highlight disini ialah, rancanglah dan didiklah anak-anak anda untuk menyimpan wang demi masa depan mereka...Sekiranya anda inginkan keterangan lanjut daripada saya, anda boleh hubungi saya di mana sahaja anda berada....dunia kan di hujung jari sahaja......